Friday, January 17, 2020

Bagaimana untuk Mengenalpasti Ajaran Cult? (Nota PERCUMA)


Bagaimana untuk
Mengenalpasti Ajaran Cult
oleh Richard Angelus

Ini ialah nota dalam pengajaran saya tentang Bagaimana untuk Mengenalpasti Ajaran Cult di kampus-kampus dan universiti-universiti di Kuching, Sarawak. Untuk memuat turun nota in dalam format PDF, KLIK DISINI

Terjemahan untuk ‘cult’ ialah ‘kultus’ tetapi saya akan menggunakan ayat ‘cult’ untuk nota ini. Semua petikan Alkitab diambil daripada Alkitab Versi Borneo (AVB), 2016 © Borneo Sabda Limited

A. Pengenalan


1)      Jangan hairan: dulu ada cult, sekarang ada cult. “Yang sudah ada akan diadakan lagi, dan yang sudah dibuat akan dibuat lagi. Tiada apa-apa pun yang baru di bawah matahari” (Pengkhutbah 1:9)

2)      Orang Kristian sudah diberi amaran tetang ajaran-ajaran and guru-guru sesat/salah. “Aku tahu bahawa sepeninggalanku nanti, beberapa serigala garang akan masuk menyerang jemaah ini; malah dari antara kamu sendiri akan bangkit beberapa orang yang memesongkan ajaran yang benar dan berusaha menarik para murid untuk mengikuti mereka” (Kisah Para Rasul 20:29-30; 2 Korintus 11:15; Galatia 1:7; 2 Petrus 2:1)

3)      Orang Kristian sepatutnya mempertahankan iman (apologetic). “[Terus] berjuang untuk iman yang telah dikurniakan Allah kepada orang salih-Nya cuma sekali untuk selama-lamanya” (Yudas 3)

4)      Orang Kristian sepatutnya berkongsi tentang iman (evangelistic). "Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi. BOleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ajarlah mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman" (Matius 28:18-20)

5)      Gereja harus memelihara kebenaran Allah. Gereja ialah “jemaah Allah yang hidup, tiang dan asas kebenaran” (1 Timotius 3:15)

6)      Iblis pula tidak menyukai kebenaran Allah. “[Iblis] pembunuh. Dia tidak menyokong kebenaran, kerana dalam dirinya tidak ada kebenaran… dia pendusta dan bapa segala dusta” (Yohanes 8:44)


B. Maksud Cult


Menurut Got Questions BM laman web, definasi Kristian yang khusus bagi sebuah ‘kultus’ adalah “sebuah kumpulan agama yang telah menyangkal satu atau lebih kebenaran Alkitab yang asas” tetapi masih mengaku sebagai sebagai orang Kristian.

Perbezaan diantara cult dan agama lain ialah:

Cult
Agama Lain (contoh Islam, ajaran Buddha, Hindu dan sebagainya)
Tidak menyangkal ‘Yesus’ secara terang-terang
Memang tidak melihat Yesus sebagai seorang ilahi atau setara dengan TUHAN
Percaya bahawa Yesus ialah seorang yang luar biasa
Percaya bahawa Yesus ialah salah seorang nabi atau guru baik atau manusia yang
beriman
Menggunakan istilah ‘Kristian’ tetapi berbeza definasi atau menyimpang maksudnya
Kebanyakannya menyangkal atau berbeza dengan doktrin-doktrin Kristian
Menggunakan Alkitab dan mempunyai kitab-kitab tambahan sendiri
Mempunyai Kitab-Kitab agama sendiri
Selalunya berpusat kepada seorang
pemimpin/guru/nabi/rasul utama yang mempunyai kuasa mutlak
Selalunya mempunyai lebih daripada seorang pemimpin/guru, ada sedikit ciri-ciri cult tetapi secara amnya ia umum dan para pengikut bebas melakukan hal-hal agama
Agak susah untuk dikenalpasti
 (contoh: iPhone original vs iPhone tiruan)
Agak senang untuk dikenalpasti
(contoh: iPhone vs Xiaomi)
Perbezaan yang paling ketara ialah cult mengaku bahawa mereka ‘Kristian’ padahal bukan, tetapi agama lain tidak mengaku mereka sebagai pengikut Kristus!*

*Walaubagaimanapun, suatu masa dulu di Malaysia ada sekumpulan muslim menggunakan t-shirt “I am a Muslim and I Follow Jesus. Ask Me Why?” dan mengedarkan buku Jesus: Man, Messenger, Messiah dengan bertujuan untuk memancing pengikut Kristus

Jadi, bagi saya cult bermaksud sebuah pergerakan agama yang ada menyebut/berpusat kepada Kristus dan Alkitab tetapi memutar-belitkan maksud dan doktrin/teologi Kristian Ortodoks – Kristian Perjanjian Baru – dengan: 

a)  Penambahan wahyu-wahyu
b)  Menukar kenyataan iman (Creed) yang utama kepada yang baru

Cult selalunya akan menyangkal keilahian Yesus Kristus (“Yesus bukan Tuhan”) dan doktrin Triniti 


C. Bagaimana Untuk Mengenalpasti Ajaran Cult


Salah satu cara ialah dengan menggunakan akronim, B.I.T.E. iaitu:

> Behaviour Control 
> Information Control
> Thought Control 
> Emotion Control

Kaedah B.I.T.E. sesuai digunakan untuk menilai cult dari segi psikologi dan luaran tetapi ia kurang dari segi pandangan doktrin/teologi Kristian
 Ada satu kaedah yang paling berkesan untuk mengenalpasti cult menurut doktrin/teologi Kristian Ortodoks iaitu Kaedah Matematik:

Simbol
Penjelasan Ringkas
#1 Tambah (+)
Menokok Tambah Alkitab iaitu Firman Allah
#2 Tolak (-) 
Menolak Doktrin Triniti terutamanya Kemanusiaan dan Keilahian Yesus Kristus
#3 Darab (x)
Menggandakan Pekerjaan untuk Kesalamatan
#4 Bahagi (/)
Membahagikan Kesetiaan Para Pengikut dari TUHAN yang benar dan Gereja-Nya

Untuk tujuan kita mengenalpasti cult dengan menggunakan Kaedah Matematik, saya hanya akan menggunakan tiga (3) contoh cult yang popular di Sarawak:

1)  Cult Jehovah’s Witnesses 
2)  Cult Mormon (atau Latter-day Saints)
3)  Cult World Mission Society Church of God (WMSCG) @ Allah Ibu

#1 Tambah (+): Menokok Tambah Alkitab 


a)      Selepas kedatangan Yesus Kristus dalam Perjanjian Baru, kita tidak memerlukan wahyu-wahyu atau nabi-nabi baru untuk menyatakan kebenaran Allah. Ibrani 11-2 mengatakan: “Allah telah berfirman pada pelbagai zaman dan dengan aneka cara kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi. Tetapi pada akhir zaman ini Allah telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya, yang telah dijadikan-Nya pewaris kepada segala-galanya; melalui Anak-Nya itu Allah telah mencipta alam semesta.” 

b)      Kitab Wahyu – dan juga seluruh Alkitab (66 buku-buku) – tidak boleh ditambah atau ditolak sebarangan. Wahyu 22:18-19, “Aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengar nubuat di dalam kitab ini, bahawa jika sesiapa menambahkan apa-apa kepadanya, Allah akan menambahkan bahaginya segala wabak yang tersurat dalam kitab ini. Dan jika sesiapa menggugurkan sepatah kata pun daripada nubuat ini, Allah akan menggugurkan bahagiannya daripada pokok hayat dan kota suci seperti yang tersurat dalam kitab ini.”

c)      Apa cult lakukan kepada Alkitab?

> Deny (menyangkal) keaslian dan authoriti Alkitab
> Change (mengubah) terjermahan Alkitab, mengubah tema/perkataan
> Interpretation (tafsiran) tafsiran berlainan, tafsiran yang menyimpang

d)      Perbezaan


Kristian Ortodoks
Jehovah’s Witnesses
(Watchtower Bible & Tract Society)
Mormon (Latter-day Saints, LDS)
Cult World Mission
Society Church of God (WMSCG)
Pengasas
Yesus Kristus (SM3033). Pengikut Kristus dipanggil sebagai
Kristian
Charles Taze Russell (18521916) kemudian Joseph F.
Rutherford (1869-1942).
Bermula pada tahun 1879 di
Pennsylvania. Berpusat di
Brooklyn, New York
Joseph Smith, Jr. (1805-
1844) menubuhkan
Gereja Yesus Kristus dari
Orang-Orang Suci Zaman
Akhir pada 1830 di New
York. Berpusat di Salt
Lake City, Utah
Ditubuhkan pada tahun 1964 (menurut satu sumber) oleh Kim Joocheol, senior pastor dan Jang Gil-ja (menggelar diri sebagai ‘Allah Ibu’) dari
Korea Selatan
Penulisan/ Alkitab Asas
Alkitab – 66 buku – ditulis dalam bahasa Ibrani dan Aramaik (Perjanjian Lama) dan Yunani (Perjanjian Baru)
Semua publikasi
Watchtower termasuk
Alkitab mereka sendiri (New
World Translation),
Reasoning from the
Scriptures, You Can Live
Forever In Paradise on Earth. Majalah Watchtower dan Awake!
The Book of Mormon;
Doctrine and Covenants;
Pearl of Great Price;
Alkitab (versi KJV sahaja atau Terjemahan Smith); ajaran-ajaran oleh para nabi LDS
Buku-buku karangan Ahn Sahng-hong yang dikatakan mereka sebagai ‘Kristus’ yang telah datang ke bumi contohnya, The Mystery of God and the
Spring of the Water of Life; The Last Plagues and the Seal of God; dan sebagainya dan juga
Alkitab
Rujukan
Perjanjian Baru
Laman web rasmi
Laman web rasmi
Laman web rasmi


#2 Tolak (-): Menolak Doktrin Triniti


a)      Istilah “triniti” tidak ada di dalam Alkitab tetapi konsep triniti sangat nyata! 

b)      Konsep Triniti atau Tritunggal menyatakan bahawa hanya ada satu TUHAN tetapi ada tiga peribadi iaitu: Allah Bapa, Allah Anak dan Roh Kudus

c)      Allah Tritunggal TIDAK bermaksud:
> 1 TUHAN dalam 3 Tuhan-tuhan
> 3 Peribadi dalam 1 Peribadi
> 3 Peribadi dalam 3 Tuhan-tuhan
> 1 Peribadi dalam 3 Tuhan-tuhan

TETAPI

> 1 TUHAN dalam 3 Peribadi
> BUKAN 1 + 1 + 1 = 3, TETAPI 1 x 1 x 1= 1

d)      Bukti dalam Alkitab tentang TUHAN dalam Tiga Peribadi
(Saya hanya menggunakan beberapa petikan Firman yang utama)

Allah Bapa ialah TUHAN
Allah Anak ialah TUHAN
Roh Kudus ialah TUHAN
Perjanjian Lama “Bapa”
1 Korintus 1:3, 8:6 Ephesus 4:4-6
Perjanjian Lama “Aku Ialah Aku”
(Keluaran 3:14)
“Aku” Yohanes 8:58 Yohanes 1:1-5, 14
Yohanes 10:30-3
Yohanes 20:28
Filipi 2:9-11
Ibrani 1:6-8
Wahyu 1:8 > Wahyu 22:13
Perjanjian Lama “Roh Allah”
2 Korintus 3:17
Kisah Para Rasul 5:3-4
Kisah Para Rasul 13:2

Petikan Firman yang Memberikan Kebarangkalian yang Jelas bahawa TUHAN mempunyai lebih dari satu peribadi: > Istilah “Elohim” seperti dalam Kejadian 1:1 (ayat majmuk, tetapi kata kerja untuk seorang)
> Perkataan “Kita” dalam Kejadian 1:26
> Pengutus-Diutus dalam Yesaya 48:16
> Allah berkata kepada Anak-Nya, “Takhta-Mu, ya Allah, kekal selama-lamanya” dalam Ibrani 1:8
Petikan Firman yang Menyatakan Ketiga-tiga Peribadi Bersama
(Lebih dari 60 petikan, ini yang utama)
Semasa Inkarnasi Yesus: Lukas 1:35-37
Semasa Pembaptisan Yesus: Lukas 3:21-22
Semasa Yesus menyampaikan Amanat Agung: Matius 28:18-20

Semasa Kebangkitan Yesus:
> Bapa yang membangkitkan-Nya – Kisah Para Rasul 2:32-33, Roma 6:4
> Yesus yang membangkitkan diri-Nya – Yohanes 2:18-19, Yohanes 10:18
> Roh Kudus yang membangkitkan-Nya – Roma 8:11, 1 Petrus 3:18
> TUHAN yang membangkitkan Yesus – Kisah Para Rasul 2:24; 10:40; 13:30

e)      Oleh kerana cult menyangkal keilahian Yesus, mari kita melihat apa kata Yesus sendiri dan Alkitab tentang diri-Nya sendiri:

1)  Mempunyai autoriti untuk mengampuni dosa (Markus 2:5-12, Lukas 5:21)
2)  Menerima hormat dan penyembahan yang hanya diberikan kepada Allah (Matius 14:33)
3)  Mengatakan bahawa Dia setara dengan TUHAN iaitu Anak Allah (Yohanes 5:17-18) …dan banyak lagi

f)       Perbezaan


Kristian
Ortodoks
Jehovah’s Witnesses
(Watchtower Bible & Tract Society)
Mormon (Latter-day Saints, LDS)
Cult World Mission Society Church of God (WMSCG)
Siapa Yesus?
Jesus ialah
TUHAN, salah seorang peribadi dalam Allah Tritunggal
Yesus bukan TUHAN. Dia ialah penghulu malaikat, Michael. TUHAN mencipta segala sesuatu melalui dia. Dia hidup di bumi dengan sempurna. Tidak mati di kayu salib, tetapi tiang. Dia bangkit sebagai roh dan tubuhnya sudah hancur/tiada. Yesus sudah kembali pada tahun 1914 sebagai roh
Jesus tidak sama dengan Allah Bapa (Elohim). Dia diciptakan dan merupakan ‘anak sulung’ bagi semua manusia dan roh. Yesus ‘dilahirkan’ melalui hubungan seks diantara Elohim dan Maria. Yesus pernah berkahwin.
TUHAN itu satu (theisme, bukan Triniti). Dalam Perjanjian Lama, Tuhan dipanggil Yahweh
@ Jehovah. Dalam Perjanjian
Baru, dia datang sebagai Yesus; Sekarang, pada akhir zaman, dia datang sebagai Kristus Ahn Sahng-hong. Yang merumitkan, mereka juga percaya Allah Bapa ialah Ahn dan Allah Ibu ialah Zahng Gil-jah. 
Ringkasan
Allah Tritunggal
Menyangkal Tritunggal
Menyangkal Tritunggal
Triniti Modalisme*

#3 Darab (x): Menggandakan Pekerjaan untuk Kesalamatan


a)      Hati manusia itu licik. Jeremia 17:9, “Hati itu licik melebihi segala sesuatu, bahkan sangat parah – siapa dapat mengetahuinya?”

b)      Semua manusia berdoa. Roma 3:23, “[Semua] manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah.” 

c)      Manusia tidak boleh mendapat keselamatan melalui pekerjaan atau dengan melakukan Hukum Taurat. Yakobus 2:10, “Melanggar satu perintah Taurat bererti melanggar seluruh hukum…” 

d)      Cult menolak dan tidak percaya kepada doktrin kerusakan (depravity) manusia, Oleh itu, mereka suka menggandakan pekerjaan manusia bersama dengan kasih kurnia Allah

e)      HANYA ada Dua (2) Cara untuk Diselamatkan:

1)  “[Dengan] kasih kurnia-Nya melalui iman” (Efesus 2:8)
2)  Dengan mentaai Hukum Taurat sepenuhnya, dengan sempurna dan segenap hati. Ini mustahil!

f)       Perbezaan


Kristian Ortodoks
Jehovah’s
Witnesses
(Watchtower Bible
& Tract Society)
Mormon (Latter-day Saints,
LDS)
Cult World Mission
Society Church of God (WMSCG)
Doktrin keselamatan
> Dengan kasih kurnia
Allah
> melalui iman 
> Kematian dan kebangkitan Yesus telah membolehkan kita diselamatkan
> Pekerjaan/ perbuatan baik ialah hasil/ kesan dari keselamatan Allah
> Harus dibaptiskan sebagai pengikut
> Memperolehi ‘hidup’ melalui penginjilan dari rumah-ke-rumah
> Percaya bahawa 144,000 orang yang diurapi sahaja yang masuk syurga
> Orang yang percaya akan dibangkitkan melalui kasih kurnia tetapi diselamatkan (kepada keilahian atau menjadi ilahi) melalui pekerjaan seperti taat kepada pemimpin/ penatua gereja LDS,  baptis, persepuluhan, ritual rahsia gereja (temple) dan sebagainya
> kurang jelas, perlu menyiasat lagi
> yang jelas ialah:
langkah pertama dalam keselamatan ialah melalui baptisan dan jika kamu keluar dari ‘gereja’ mereka, maka, keselamatan kamu juga akan ‘hilang’

Penutup: Baca Efesus 2:1-10, Dihidupkan oleh Kristus


#4 Bahagi (/): Membahagikan Kesetiaan Para Pengikut 


a)      Dalam setiap cult hampir semua ada pemimpin/nabi/rasul yang mempunyai ‘kunci’ rahsia yang diberikan kepada mereka. Contoh,

> Wahyu baru – samada melalui ‘Tuhan’ atau malaikat
> Kitab atau Buku yang lebih autoritatif daripada Alkitab 
> Hanya terjemahan mereka yang betul/benar/suci
> Hanya kepercayaan/gereja mereka sahaja yang betul 
> harus setia kepada para pemimpin (atau individu), gereja dan organisasi (tidak semestinya kepada TUHAN dan Firman Allah)


b)      Antara Ajaran-Ajaran yang Pelik

Memikul beban berat…” (Matius 11:28)
Jehovah’s Witnesses (Watchtower Bible & Tract Society)
Mormon (Latter-day Saints, LDS)
Cult World Mission Society Church of God (WMSCG)
> Perjumpaan di “Kingdom Halls” bukan gereja
> Perjamuan hanya dilakukan sekali setahun & hanya orang yang diurapi* sahaja yang dibenarkan terlibat
> Tidak menyambut perayaan atau hari jadi
> Dilarang untuk mengundi, tabik kepada bendera, menjadi askar, atau mengambil/ menerima darah
> Tidak boleh minum arak, kopi dan teh
> boleh dibaptis sebagai pihak orang yang sudah mati
> digalakan untuk melayani sebagai penginjil selama 2 tahun
> rahsia ritual di ‘temple’ hanya bagi orang yang layak sahaja

> Yesus sudah datang semula (second coming) sebagai Ahn Sahng-hong
> Allah ada 2 iaitu Allah Bapa dan Allah Ibu
> menyambut hari Sabat tetapi konsep mereka berbeza dengan ajaran Yahudi > menyambut 7 perayaan seperti dalam Imamat 23
> Tidak boleh meninggalkan gereja WMSCG dan tidak boleh pergi ke
gereja lain (sesat)

c)      Petikan Firman yang berguna:

> Yeremia 23:16 > Yehezkiel 13:9 > Matius 7:15 > Matius 24:24 > Luke 6:26 > 2 Petrus 2:1-3 > 1 Yohanes 4:1 > 2 Timotius 4:3-4

UNTUK MENDAPATKAN NOTA INI DALAM FORMAT PDF, KLIK DISINI

Kesimpulan: 

#1 Cult muncul di Malaysia (di Sarawak khususnya) kerana umat Allah telah mengendahkan Alkitab (rujuk Hosea 4:6)

#2 Cult melanda Malaysia (di Sabah dan Sarawak khususnya) kerana umat Allah tidak mengenali siapa
TUHAN YESUS itu sebenarnya (rujuk Hakim-Hakim 2:10) 

Rujukan:

1.      YouTube The Kingdom of the Cults by Dr. Walter Martin
2.      YouTube The Mark of a Cult: A Biblical Analysis with Eric Holmberg
3.      So What’s the Difference? (1967) by Fritz Ridenour
4.      Rose Book of Bible Charts, Maps & Time Lines (2005) by RW Research, Inc.
5.      E-book Beware! Cult tentang Allah Ibu (2017) oleh Richard Angelus
(KLIK DISINI untuk mendapatkan Ebook PERCUMA)



THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.

Best Blogger Tips

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]