Friday, October 26, 2012

Renungan Saya tentang Kejadian 22:1-19: “Abraham mempersembahkan Ishak sebagai Korban”

Nota: Kitab Kejadian [Book of Genesis] ialah buku pertama dalam Al-Kitab Kristian

Perjalanan itu mungkin sungguh ganjil bagi Ishak. Dia dan bapanya bersama dengan dua orang hamba naik ke gunung Moria untuk mempersembahkan korban, tetapi mereka tidak membawa seekor haiwan pun untuk dikorbankan. Ganjil. Ishak memikul kayu, mungkin hatinya berdebar-debar masa itu. Apabila dia menoleh ke belakang, dia melihat dua orang hamba bapanya berhenti daripada terus naik bersama mereka – atas arahan ayahnya, Abraham.

Semasa menaiki gunung, Abraham seperti tengah berfikir dengan dalam sekali. Ganjil. Senyap. Mungkin Ishak tidak senang dengan suasana begini. Dia cuba untuk memberanikan dirinya untuk bertanya;
Ayah!
Ada apa, anak-ku?
Kita sudah membawa api dan kayu, tetapi di manakah anak domba untuk korban yang dibakar itu?” (Kejadian 22:7).

Apabila saya membaca cerita ini, saya bertanya kepada diri sendiri: mungkinkah Abraham berhenti seketika sebelum menjawab soalan anaknya? Adakah dia menahan diri sebelum mengalirkan air mata? Atau mungkinkah dia terus menjawab serta-merta pertanyaan anaknya itu seperti yang tertulis di dalam Al-Kitab? ‘Abraham menjawab, “Allah sendiri akan menyediakan anak domba itu.” Mereka berdua meneruskan perjalanan’ (Kejadian 22:8).

Senyap kembali semula. Apakah yang Abraham fikiran semasa naik ke bukit itu? Mungkin dia sedang mengenangkan sesuatu tentang anaknya, Ishak. Dia sudah menunggu kelahiran Ishak, anak yang dijanjikan Tuhan, selama 25 tahun (lihat Kejadian 18). Pada masa Ishak dilahirkan, Abraham sudah berumur 100 tahun, dan Sara mungkin lebih muda 10 tahun daripada Abraham [Ingat: Pada masa perjanjian Lama, umur 100 tahun adalah seperti 50-60 tahun sekarang.] Oleh itu, Abraham begitu mengasihi Ishak sepenuh hatinya. Ishak ialah anak kelahiran Abraham dan Sara sendiri – seperti yang dijanjikan oleh Tuhan Allah kepadanya.

Sekarang, apa yang Abraham ingin lakukan adalah diluar jangkaan. Tuhan telah berbicara sebelumnya kepadanya, “Pergilah ke tanah Moria dengan Ishak, anakmu yang tunggal, yang engkau kasihi. Di situ, di sebuah gunung yang akan Kutunjukkan kepadamu, persembahkanlah anakmu sebagai korban untuk menyenangkan hati-Ku” (Kejadian 22:2). Ia adalah sesuatu yang sangat mustahil bagi dia. Kata-kata itu bukanlah sesuatu yang boleh ditawar menawar – ianya adalah satu perintah daripada Tuhan. Ini ialah satu ujian ketaatan yang paling sukar bagi Abraham. Ishak adalah segala-galanya bagi dia. Apakah yang dia akan lakukan?.... Ganjil. Senyap. Abraham berfikir.

Sejurus sahaja sampai ke tempat yang dituju, mereka berdua terus membina sebuah mazbah dan menyusun kayu di atasnya. “Lalu dia mengikat anaknya dan membaringkan dia di mazbah, di atas kayu yang disusun. Kemudian dia mengambil sebilah pisau untuk membunuh anaknya, tetapi dari langit malaikat TUHAN berseru kepadanya,
Abraham, Abraham!
Abraham menjawab, “Ya, Tuhan.”
Jangan sakiti anak itu, jangan lakukan apa-apa terhadapnya,” kata malaikat itu. “Sekarang Aku tahu bahawa engkau menghormati dan mentaati Aku, kerana engkau tidak enggan menyerahkan anakmu yang tunggal kepada-Ku” (Kejadian 22:9-12).

Ketika saya sedang menggambarkan cerita ini, satu cerita di dalam Al-Kitab Perjanjian Baru terus datang ke dalam pemikiran saya. Bagai aur dengan tebing, bagai langit dengan bumi, bagai Nescafe dengan krimer (I like!); begitulah juga cerita nabi Abraham dan Ishak dengan Allah Bapa dan Yesus Anak-nya. Bagi saya yang hidup dalam zaman Perjanjian Baru, cerita ini mempunyai maksud yang lebih dalam lagi bagi saya. Seperti kata Abraham selepas kejadian itu, “TUHAN Menyediakan Apa Yang Diperlukan” (Kejadian 22:14), begitu juga apa yang Tuhan sudah lakukan kepada kita. Tuhan Allah tidak memerlukan pengorbanan manusia untuk datang kepada-Nya. Bukan pengorbanan kita yang menyebabkan Tuhan mengasihi kita; bukan persembahan kita yang dapat memuaskan hati-Nya; bukan kerana kebaikkan kita Tuhan mengampuni kita – bukan.

Kita ialah manusia, Tuhan ialah Tuhan. Pengorbanan kita tidak cukup. Persembahan kita tidak hebat. Kebaikkan kita tidak sempurna. Oleh itu, Tuhan telah menyediakan “seekor domba jantan” (Kejadian 22:13) kepada Abraham yang menggambarkan bagaimana Tuhan Allah sendiri telah menyediakan Korban penyelamatan bagi kita melalui Anak tunggal-Nya Yesus Kristus. Yohanes bab tiga ayat enam menulis: “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak [Yesus Kristus] itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3:16). Lihat, Tuhan Allah yang mengasihi kita – Dia yang memberi. Hari ini, apa yang Tuhan minta ialah supaya kamu percaya kepada Anak-nya – ini ialah Korban yang sempurna!

THINK BIG. START SMALL. GO DEEP.
Best Blogger Tips

4 comments:

  1. Hey, Rich.

    I hope you have not forgotten me! :p

    As promised, here's the link for review I made for this site! ^_^

    http://rippling-ripples.blogspot.com/2012/10/website-recommendation-motivates4lifecom.html

    PS: Thanks for the book! Just want to let you know that it arrived on the eve of my birthday. What perfect timing. :p

    God bless!




    Wilson Khor W.H. @ Seymour Nightweaver

    ReplyDelete
  2. https://www.facebook.com/note.php?note_id=184079094989518

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Anonymous (a.k.a Miller Abdullah)

      Your efforts to distort the truth is futile. The more you distort, the more we will hold on to the only truth that is in Christ Jesus. Those who distort the good news of salvation through the Lord Jesus Christ are within God's wrath. Since you elevate Muhammad more than the true and living God, you are the most pitiful person that is in need of God's forgiveness.

      Delete

They Click it A lot. [Top 7 last 7 Days]